APA ITU DIABETES MELLITUS / KENCING MANIS
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dijalankan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 JUTA rakyat Malaysia menhidapi penyakit DIABETES.
Diabetes adalah satu keadaan di mana TAHAP GULA di DALAM DARAH anda adalah TINGGI dari tahap normal. Ia adalah satu daripada FAKTOR UTAMA mendapat PENYAKIT JANTUNG atau angin ahmar (STROK).
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel-sel serta tisu , di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.
Namun jika badan kita kekurangan insulin , automatik gula tidak boleh di bawa ke dalam saluran darah ke sel-sel dan tisu dan hal ini mengakibatkan paras gula dalam badan akan meningkat seterusnya mengakibatkan masalah diabetes.
Jika hal ini berterusan ia akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga akan merosakkan organ dan tisu yang terdedah dengan tahap gula yang tinggi.
JENIS-JENIS DIABETES
JENIS 1 : DIABETES ATAU INSULIN DEPENDENT DIABETES MELLITUS ( BERGANTUNG PADA INSULIN )
Jika hal ini berterusan ia akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga akan merosakkan organ dan tisu yang terdedah dengan tahap gula yang tinggi.
JENIS-JENIS DIABETES
JENIS 1 : DIABETES ATAU INSULIN DEPENDENT DIABETES MELLITUS ( BERGANTUNG PADA INSULIN )
- biase terjadi kepada kanak-kanak dan remaja
- biasanya tidak mampu menghasilkan insulin
JENIS 2 : DIABETES ATAU NON-INSULIN DEPENDENT DIABETES MELLITUS ( TIDAK BERGANTUNG PADA INSULIN )
- jenis palis biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes mengahidap diabetes jenis ini.
- selalunya pada orang yang sudah berusia atau mereka yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan (obesiti)
TANDA-TANDA KENCING MANIS
1 . Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
2.Sentiasa rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
3.Hilang berat badan secara tiba-tiba
Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
4.Keletihan dan cepat marah
Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
5.Luka lambat sembuh
Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.
6.Terdedah kepada jangkitan kulat
Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
7.Sensasi pada tangan dan kaki
Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki - ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
8. Merengsa
Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
9.Penglihatan kabur
Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
10.Paras gula darah tinggi
Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
JIKA ANDA BERISIKO MENGHIDAPI KENCING MANIS ANDA PERLU MENGIKUTI LANGKAH INI..
SENAMAN
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat bandan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru. Senaman haruslah dimulakan dengan secara beransur-ansur dan mengikut nasihat dokter.
PENJAGAAN BERAT BADAN
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati paras gula dalam badan sukar di kawal. Kawal berat badan anda dengan makan dan minuman yang sihat serta jauhi dari gula pasir dan manisan.
PEMAKANAN
Pemakanan berasaskan karbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada seharian itu terkawal.
PENAWAR KENCING MANIS KINI DITEMUI.
- ANDA PENGHIDAP KENCING MANIS??
- SUKA MAKAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG MANIS??
- TIDAK SANGUP BERPISAH DENGAN BENDA MANIS??
USAH GUSAR..USAH STREESS....ANDA MASIH BOLEH NIKMATI MAKANAN DAN MINUMAN YANG MANIS TANPA MEMBAHAYAKAN KENCING MANIS ANDA..MALAH MAMPU MENYIHATKAN SERTA MAMPU MEMBERIKAN ANDA SENYUMAN KEMBALI
KINI..PENEMUAN TERBARU TELAH TERBUKTI RCC STEVIA SWEETENER MAMPU MEMBERIKAN RASA MAKANAN DAN MINUMAN ANDA MANIS DAN SEDAP TANPA MEMBAHAYAKAN ANDA..
LIHAT TESTIMONI...
APA TUNGGU LAGI???
NAK TUNGGU SAMPAI KAKI DI POTONG??
ATAU NAK TUNGGU SAMPAI KENCING MANIS MEMBUTAKAN ANDA??
ATAU MUNGKIN MASIH INGIN MENIKMATI KOPI'O TAWAR??
JOM SEGERA BERTUKAR DARI GULA PASIR KE STEVIA
No comments:
Post a Comment