Wednesday 9 September 2015

KHASIAT BUAH BERI

Tahukah anda walaupun buah beri bersaiz kecil namun ia mempunyai kahsiat yang sangat besar kursusnya pada kesihatan kita. Buah beri juga antara buah yang boleh diamalkan pengambilannya untuk memberikan tenaga serta mencegah kanser.

Beri mengandungi antosanin dan paras antioksidan yang tinggi selain kaya dengan sumber serat yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan kulit sentiasa sihat berseri. Dengan rasa beri yang manis dan sedap , ia menjadi antara buah-buahan yang paling digemari ramai kerana faktor khasiatnya.

ACAI BERI



Buah yang berasal dari hutan hujan amazon ini dipercayai satu daripada makanan paling berkhasiat di dunia. kaya dengan antosanin , acai beri sering diangap wira dalam kalangan buah beri kerana ia mampu meningkatkan tahap tenaga , kesihatan mental dan sistem imunisasi.


BERI BIRU



Pigmen di dalam buah ini kaya dengan khasiat antioksidan serta vitamin C dan E. Buah ini juga megandungi kepekatan pati antosanin yang tinggi iaitu sejenis sebatian yang mambantu melindungi daripada sakit jantung , kanser , dan gejala penyakit yang berkaitan usia seperti kabur pengihatan dan hilang daya ingatan jangka pendek.


MULBERI



Mulberi ialah sumber resveratrol yang baik iaitu sejenis bahan yang dipercayai dapat membantu mencegah kanser dan memanjangan usia. Kaya dengan vitamin C , buah ini biasanya digunakan untuk mengubati demam dan selesema. Ia juga digunakan sebagai ramuan dalam ubatan cina untuk membersihkan darah dan hati , menguatkan buah pinggang serta pendengaran dan penglihatan. Oleh kerana ia mengandungi kandungan zat yang tinggi , ia juga digunakan untuk merawat penyakit anemia.


RASBERI



Mais , wangi serta kaya dengan vitai dan serat , rasberi membantu memperlahankan proses pengahadaman dan mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi da seterusnya membantu tubuh membakar lemak. Rasberi juga terkenal dengan khasiat antikanser.


KRANBERI



Kaya dengan vitamin C . kranberi digunakan untuk merawat jangkita terutama jangkitan pada saluran kencing. Selain itu , ia kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah penyakit jantung , ulser dan kanser. Buah ini juga mampu merawat serangan asma , mengurangkan kolestrol dan melindungi otak daripada kerosakkan saraf


Sungguh tidak disangka buah beri sangat banyak khasiatnya , lepas ni pasi anda tidak sabar serbu supermarket untuk membeli buah beri. Jaga-jaga Cik Jah , buah ni ade yang masam tau..jadi sesiapa yang tidak tahan dengan masam buah beri ini , boleh lah dibuat jus. Jangan lupa titiskan stevia pada jus beri anda supaya lebih manis dan lebih berkhasiat
Maklumlah Stevia kan 0 kalori jadi ia tidak akan mematikan khasiat beri seperti gula pasir.
Jom dapatkan Stevia dengan segera,..setitis setanding 3 sudu gula pasir.

Hubungi kami segera untuk mendapatkan stevia anda...


1 comment: