SIAPA TU STEVIA ??
Stevia merupakan 150 SPESIS HERBA daripada keluarga BUNGA MATAHARI (ASTEREACEA). Ia ditemui sekitar pada KURUN KE-19 oleh Dr. MOISES SANTIAGO BERTONI. Secara rasminya beliau menamakannya sebagai STEVIA REBAUDINA sebagai penghormatan kepada ahli kimia paraguay. Merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia dari spesis REBAUDIANA telah digunakan secara meluas sebagai pemanis semula jadi. Nama lain bagi stevia ialah Sweetleaf , Sugarleaf atau Sweetherb. Jadi tidak hairan lah jika ia digelar pemanis semula jadi.
Tahukah anda , stevia merupakan tumbuhan yang berbatang lembut. Cara menanamnya , medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya air tidak bertakung selepas disiram. Daunnya berbentuk bujur , batangnya pula halus dan bergerutu. Stevia mampu mencapai tahap ketiggian sehingga 1 meter atau lebih. Stevia juga memngeluarkan bunga sama seperti pokok bunga matahari juga namun bunga stevia bersaiz lebih kecil dan berwarna putih.
APA GUNA STEVIA ?
Orang Eropah pada kurun ke-16 mula menyedari stevia boleh digunakan sebagai pemanis. Sejak itu , ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehingga ke Asi. Namun walaubagaimana , kajian terhadap stevia hanya dimulakan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji Beazil mendengar kisah sehelai daun stevia mampu memaniskan sebiji buah peria yang pahit serta secawan teh herba yang kelat. Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay.
Stevia sangat unik kerana ia mrupakan PEMANIS SEMULAJADI yang tidak mengandungi kalori. Selain itu , Stevia juga di katakan tidak mempunya bahan berbahaya yang ada pada gula putih seperti Fruktosa dan Suskrosa. Stevia hanya mempunyai Glukosa yang memang baik untuk tubuh badan manusia. Hal ini , menyebabkan para pengkaji semakin tertarik untuk melakukan kajian menyeluruh kerana kehebatan daun stevia . Kajian terhadap toksidnya telah mendapati kemanisan daun stevia dihasilkan oleh STEVIOSID TIDAK TOKSID.
APA KHASIAT STEVIA ?
- Mengimbangi kadungan gula dalam badan.
- Melawaskan pembuangan air kencing.
- Meningkatkan kadar tenaga dalam tubuh badan.
- Membant sistem penghadaman.
- Menurunkan kadar gula yang terdapat dalam darah kerana ia sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia
- Melicinkan kulit dan memutihkan serta awet muda.
- Menstabilkan tekanan darah tinggi
- Mengatasi masalah suka tidur.
- Mengawal berat badan.
Ape tunggu lagi dapatkan stevia anda segera
menarik
ReplyDelete