Wednesday, 2 September 2015

WANITA DAN KESUBURAN


GAMBAR SEKADAR HIASAN



Wanita sering kali berdepan dengan masalah kesuburan..walhal mereka sering menjaga pemakanan.
Ada juga sangup berhabis beribu ringgit untuk rawatan serta suppliment bagi memastikan diri mereka sentiasa subur dan mampu hamil.

Namun pernahkah anda terfikir pengambilan makanan manis dari gula putih mampu merendahkan tahap kesuburan wanita???

GULA MEMBAHAYAKAN KESUBURAN ???

Benarkah hal ini??
Iya tepat sekali...Hal ini memang benar..Jika seorang wanita mengambil gula secara berterusan di dalam diet harian mereka ,  ia mampu menyebabkan masalah kesuburan. Hal ini , mampu menyebabkan sukar hamil. Jika anda sedang berusaha untuk hamil , tinggal gula kegemaran anda dan gantikan dengan pemanis semula jadi.


MASALAH KESUBURAN AKIBAT PENGAMBILAN GULA

GANGUAN HORMON

Makanan yang mengandungi gula, dipecah dengan cepat oleh tubuh, hal ini meningkatkan kadar insulin kita terlalu cepat. Tapi bagaimana hal ini boleh mempengaruhi tahap hormon? Ketika kita mengambil gula, kadar gula dalam tubuh melonjak dan berlangsung selama 15-30 minit. Selepas itu, kadar gula dalam tubuh akan menurun, meninggalkan tubuh kita yang terkuras dan keletihan.


Penurunan kadar gula ini memberi isyarat kelenjar adrenal untuk melepaskan hormon kortisol dan adrenalin dalam usaha untuk mengisi kekurangan kadar gula. Rangsangan kelenjar adrenal secara terus menerus untuk melepaskan kortisol dan adrenalin akan melemahkan kelenjar adrenal. Hal ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Semua ini memberi kesan kepada tahap hormon estrogen, progesteron dan androgen DHEA serta testosteron. Ini berlaku kepada wanita.

RINTANGAN INSULIN

Pankreas mengeluarkan insulin untuk mengubah gula dalam darah kita menjadi tenaga. Selama pengambilan makanan manis, tubuh kita membuat pankreas melepaskan lebih banyak dan lebih banyak insulin. Seiring waktu, pelepasan insulin yang terlalu banyak boleh membuat tubuh kita dapat bertahan terhadap insulin. Rintangan insulin akan mengganggu ovulasi yang normal dan bahkan mencegah terjadinya ovulasi, atau menyekat proses pematangan sel telur. Rintangan insulin juga boleh mengganggu keupayaan sel telur untuk menanamkan diri di dalam rahim selepas persenyawaan. Wanita dengan penentangan insulin berisiko 4-5 kali lebih besar untuk mengalami keguguran. Rintangan insulin merupakan faktor utama bagi sebahagian besar wanita yang mengalami PCOS.

PMS

PMS atau perkataan yang lebih mudah sengugut pada setiap wanita ketika sedang haid. Tahukah anda jika terlalu banyak pengambilan gula boleh menyebabkan hipoglisemia. Hipoglikemia menyumbang terhadap PMS, atau membuat gejala PMS anda menjadi lebih parah.

KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL

Oleh kerana terus menerus melepaskan insulin dalam badan ,  tubuh kita akan kehabisan vitamin dan mineral. Vitamin yang sering di habiskan ialah vitamin B terutama B6 , vitamin E , magnesium dan zink. Tahukah anda bagi mendapatkan zuriat vitamin E dan zink sangat penting bagi menguatkan rahim serta pembentukan bayi . Jika berterusan penurunan kadar vitamin E dalam badan seorang ibu hamil ia mampu menyebabkan keguguran.


TIPS HINDARI GULA

1. DILARANG MENGAMBIL AIR BERKARBONAT.

Pasti ramai yang suka minum minuman bergas. Tahukah anda 1 botol air coke dihasilakan dengan 12 ke 13 sudu gula malah lebih lagi. boleh potong kaki lah klau hari2 minum. Nak minuman manis...
Sediakan Teh'O dan beberapa titis Stevia..pasti manisnya mampu menandingi air botol di pasaran.

2.PILIH BUAH-BUAHAN SEGAR

Makanlah buah-buahan serta sayuran bagi meningkatkan kadar vitamin dalam badan. Jika anda bosan memakan buah butlah jus. Namun ingat jangan di campurkan dengan gula. Tapi campurlah jus buahan anda dengan setitis Stevia..Selain mempunyai 0 Kalori ia juga lebih manis dari gula putih.

3. GANTIKAN GULA DENGAN STEVIA

Pasti ramai antara kita masih belum yakin dengan stevia. Tahukah anda setitis stevia manisnye 200-300 kali ganda manisnye berbanding gula putih. Selain itu Stevia hanya mempunyai Glukosa dan tidak megandungi Frukosa yang mampu meningkatkan kadar insulin.
Ingin Hamil?? Tinggalkan gula yang mampu meningkatkan kadar insulin dan merendahkan kesuburan. Bertukarlah segera kepada Stevia.

KEBAIKKAN STEVIA

* 0 KALORI
* HANYA MENGANDUNGI GLUKOSA
* 300 KALI GANDA LEBIH MANIS BERBANDING GULA
* TIDAK MEMBAHAYAKAN SERTA SELAMAT
*PEMANIS SEMULA JADI

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK MENDAPATKAN STEVIA ANDA


No comments:

Post a Comment