Tuesday, 1 September 2015

RACUN YANG PALING MANIS

Dengar tajuk pun dah rasa gerun...
ade ke racun paling manis dalam dunia ni???

Dulu kita rsa cm x de...tapi sekarang lepas dh ade kajian yg meluas memey dia lah racun yang paling manis di dunia ni..
nak tahu ape??

Racun paling manis di dunia ialah GULA atau nama lebih glamor Sugar

Racun paling manis

Mungkin ramai yang masih kurang setuju tentang hal ini...Namun kajian yang meluas telah membuktikan gula mampu menyebabkan penyakit kencing manis , obesiti dan macam-macam lagi..

9 SEBAB KENAPA GULA ADALAH RACUN YANG PALING MANIS

1. GULA TIDAK MENGANDUNGI NUTRIEN

Jika kita mengambil gula terlalu banyak dalam diet harian kita , ia akan menyubangkan masalah yang besar kepada kita. hal ini kerana gula menyebabkan badan kita mengalami nutrien deficiency atau kekurangan nutrien. Selain itu , kajian membuktikan gula hanya mengandungi kalori , tiada vitamin serta mineral.

Gula juga mampu menyebabkan kerosakkan gigi kerana gula mampu memberikan tenaga kepada bakteria dalam mulut untuk menyerang gigi. uuoollss nak ke gigi berlubang sana sini..x pon pakai gigi palsu di usia muda??..huhuhu...kami x mau..

2. GULA MENGANDUNGI FRUKTOSA

Gula mengandungi dua jenis gula ringkas iaitu Glukosa dan Fruktosa. 

Glukosa senang ditemui pada sel hidupan. namun harus kita tahu..badan kita juga mampu mengahasilkan glukosa dengan sendiri. Jika diet harian kita mengambil glukosa ia amat baik untuk pembuluh darah.

Fruktosa pula tidak mampu dihasilkan oleh badan manusia ia juga tidak penting dan jika di ambil secara berlebihan ia mampu mengundang pelbagai penyakit.



Fruktosa menjadi agent yang amat berbahaya kepada oragan hati. Jika ia di ambil sedikit mungkin ia tidak mendatangkan kemudaratan. Namun cuba banyangkan jika sehari kita ambil 200gram ke 300gram gula pasti ia mampu memudaratkan organ hati kita. Pengambilan fruktosa secara berlebihan mampu menyebabkan hati kita menjadi tepu dan akhirnya hati kita terbeban kerana fruktosa akan betukar kepada glikogen dan terus di simpan di organ hati dan akan digunakan bila perlu sahaja. Namun harus di ingat..jika glikogen terlalu banyak pada organ hati , ia kan menyebabkan glikogen yang tersimpan akan bertukar kepada lemak.

3. HATI YANG PENUH LEMAK AKAN MENYEBABKAN KOLESTROL TINGGI

Hati yang penuh lemak


Seperti yang kita tahu gula mempunyai fruktosa yang mampu mengahasilkan lemak pada organ hati. Oleh yang demikian , darah yang melalui hati akan bercampur dengan lemak dan seterusnya membawa lemak melalui pembuluh darah dan ia kan menjadikan kolestrol serta mampu menyebabkan ganguan pada organ lain termasuklah organ jantung.

4. GULA PENYEBAB KENCING MANIS / DIABETES

Kencing manis ialah penyakit yang tejadi kerana tingginya kandungan gula dalam badan sehingga menjadi toksin yang bersarang di dalam badan. Toksin ini mampu menyebabkan hormon insulin tidak mampu berfungsi dengan baik untuk mejalankan tugasnya bagi mengarahkan sel-sel dalam badan yang menggunakan gula bertukar menjadi tenaga.

Oleh hal yang demikian pesakit kencing manis mudah berasa letih dan mengantuk kerana kandungan di dalam badan terlalu tinggi dan lansung tidak berubah kepada tenaga namun ia berubah menjadi toksin yang berbahaya.  Di sebabkan itulah , pesakit kencing manis harus mengambil makanan pada waktu yang di tetapkan kerana badan mereka tidak mampu menghasilkan tenaga oleh disebabkan hormon insulin tidak lagi berfungsi bagi menukarkan gula kepada tenaga.

Jika perkara ini terus berlarutan , seorang penghidap penyakit kencing manis mungking menghadapi tahap yang tinggi serta lebih teruk lagi terpaksa mengambil "insulin injection" kerana pankreas tidak lagi berfungsi dengan baik.

5. GULA PENYEBAB KANSER

Kajian menunjukkan gula merupakan salah satu penyebabnya kanser. Hal ini kerana berlakunya lebihan insulin yang dihasilkan juga merupakan faktor utama sel-sel kanser membesar.

6. GULA PENYEBAB ANDA SEMAKIN LAPAR 

Fruktosa yang terkandung di dalam gula putih tidak mampu menurunkan tahap hormon lapar iaitu "Ghrelin" seperti yang dilakukan oleh Glukosa. 

7. GULA PENYEBAB KETAGIHAN

Mereka yang selalu mengambil gula sebagai diet harian , mampu mengakibatkan pembesaran dopamine berlebihandi dalam otak. Ini mampu menyebabkan ketagihan pada makanan dan minuman manis.

8. Gula Penyebab Kegemukan/Obesiti

Jika anda baca penerangan diatas, gula menyebabkan anda ketagih pada makanan minuman manis dan juga menyebabkan anda selalu berasa lapar (fruktosa). Oleh itu, orang2 yang gemuk menjadi semakin gemuk jika mereka tidak mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian. Cuba bayangkan jika mereka menggantikan stevia sebagai pemanis makanan dan minuman. Adakah logik jika mereka mampu mengurangkan perembesan dopamin dan mengawal rasa lapar? Sangat logik!

9. Penyebab UTAMA Kegemukan ialah GULA, Bukan Lemak!

Selama ini kita diprovoke bahawa penyebab kegemukan ialah lemak dan makanan berminyak. Tapi sebenarnya penyebab utama kegemukan ialah GULA GULA GULA!

Memang betul makanan berminyak itu tak bagus sebab kebanyakan minyak goreng mengandungi minyak tak tepu dan minyak tepu. Tapi kandungan gula dalam darah yang tinggi juga menyebabkan peningkatan lemak dalam badan dan juga mengganggu sistem tubuh.

Dan tidak semua minyak memudaratkan kerana buah zaitun yang mengandungi minyak yang sangat berkhasiat pun ada di beritahu dalam alQuran. Sama juga seperti flaxseed oil, grapeseed oil dan juga coconut oil yang mengandungi banyak khasiat penting untuk tubuh badan.

JADI ADAKAH ANDA MASIH LAGI MAMPU MENIKMATI RACUN YANG PALING ENAK INI???

JOM BERTUKAR KEPADA STEVIA..

KEBAIKKAN STEVIA 

* STEVIA MENGANDUNGI 0 KALORI
* STEVIA MENGANDUNGI GLUKOSA NAMUN TIDAK MEMPUNYAI FLUKOSA
* SETITIS STEVIA HANYA 0.001mg
* SETITIS STEVIA 200 KE 300 KALI GANDA MANISNYE BERBANDING GULA PUTIH



APA TUNGGU LAGI SEGERALAH BERUBAH KEDAPA STEVIA UNTUK GAYA HIDUP LEBIH SIHAT TANPA GULA PUTIH

No comments:

Post a Comment